30 November 2013


Isu kenaikan mendadak gaji Adun Selangor, nampaknya semakin hari semakin menarik untuk diperkatakan. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, ia bukan sahaja mengejutkan rakyat khususnya pengundi Selangor, namun tindakan tersebut akhirnya mula memakan diri.

Ini kerana tindakan tersebut bukan sahaja GAGAL dipertahankan oleh para macai pakatan, namun ia turut menerima kritikan pedas yang bertali arus dari pimpinan PKR sendiri.

Namun demi menyelamatkan keadaan, Khalid dan para macainya masih cuba mempertahankan tindakan tersebut dengan menggunakan hujah kononnya ia dilakukan berdasarkan formula 75 daripada elaun dan gaji yang diterima oleh Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

Khalid sengaja menjadikan Sarawak sebagai hujah bagi menyokong tindakan tidak munasabahnya itu, tetapi seakan TERLUPA untuk memberikan fakta sebenar agar rakyat tidak terkeliru. Persoalannya apakah benar Khalid terlupa, atau sememangnya dia tidak tahu Fakta Sebenar keran sering tertidur?

Ini kerana menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara, rizab negeri Sarawak berjumlah RM22 billion berbanding kerajaan negeri Selangor yang hanya mempunyai RM 2.7 billion. Tambahan keluasan negeri Sarawak adalah jauh lebih besar berbanding Selangor.

Mengikut data, semakan terakhir untuk gaji dan elaun bagi Adun dan anggota pentadbiran Sarawak ialah pada 22 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1992, sedangkan kerajaan Selangor baru sahaja memberikan kenaikan gaji dan elaun untuk Adun pada 3 tahun yang lalu.

Disebabkan tindakan Khalid ini, ramai di kalangan pimpinan pakatan mengeluarkan kenyataan bagi membantah cadangan tersebut. Selain ‘Bos’ PKR, Anwar dan Azmin,  Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan ahli-ahli parlimen pakatan adalah antara yang membedal tindakan ‘boros’ Khalid itu.

Anwar ketika diminta mengulas mengenai isu ini, telah ‘membedal’ Khalid dengan mengatakan kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan perlu dikaji semula.

"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan” katanya.

Mengikut rekod ini bukanlah kali pertama Anwar mengkritik tindakan, keputusan dan pengurusan Khalid Ibrahim di Selangor. Contohnya baru-baru ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional  PKR, Anwar dilaporkan telah mengkritik Khalid agar memperbaiki beberapa ‘skru longgar yang perlu diperketatkan’.

Sebelum ini juga, media turut melaporkan Anwar telah  mengkritik Abdul Khalid dan memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Anwar mendakwa setakat ini Pulau Pinang di bawah Guan Eng menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor, ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi oleh pentadbiran Khalid.

Azmin pula baru-baru ini menggesa agar Khalid menangguhkan kenaikan tersebut yang akan mula berkuat kuasa pada awal tahun depan. Menurutnya lagi, usul kenaikan gaji itu pada mulanya dibentangkan Khalid "untuk dikaji" sewaktu pembentangan belanjawan 2014 Selangor pada 19 November lalu.

"Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor menyambut baik cadangan mengkaji, tetapi yang mengejutkan kita dalam tempoh seminggu kajian sudah siap dan dibentangkan semalam tanpa ada perbincangan dengan BBC," katanya sambil menegaskan BBC tidak pernah membuat tuntutan tersebut sebelum ini.

Mungkin kerana tidak tahan dengan kenyataan Azmin yang dilihat sering cuba memburukkannya, Khalid secara sinis meminta Adun Bukit Antarabangsa itu mendermakan tambahan gajinya kepada badan amal sekiranya tidak berpuasa hati. Dia turut menegaskan, keputusan Dun Selangor meluluskan usul kenaikan gaji dan elaun itu adalah muktamad.

Disebabkan asakan yang bertali-arus itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan (Exco Selangor), Teng Chang Khim tampil mempertahankan Khalid sambil menyelar tindakan Azmin.

"Apabila rang undang-undang itu dibentangkan, dibahas dan diluluskan, beliau berada di dalam dewan. Beliau tidak berkata apa-apa walau sepatah pun... Jadi mereka tak bolehlah tampil sekarang dan menyatakan yang mereka tak setuju," katanya.

Dia turut menegaskan, mereka yang membantah kenaikan gaji itu sepatutnya berbuat demikian agar ia boleh direkod dalam hansard dewan. Menurutnya satu surat kebenaran juga telah dirangka untuk ditandatangani oleh Adun yang enggan menerima kenaikan gaji itu.

Surat itu adalah untuk membenarkan kenaikan tambahan gaji mereka didermakan buat pertubuhan kebajikan.

Paling menarik, Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin juga turut mempertahankan tindakan bosnya dengan melabelkan Azmin sebagai SARKAS.

“Alif zai min ya nun (Azmin) : Sarkas..? Azmin gesa tangguh naik gaji Adun Selangor” katanya melalui laman sosial twitter semalam.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!