13 November 2013


Model pakaian dalam mantap Britain, Abbey Crouch kelihatan agak kurang mahir dalam soal dunia perniagaan.

Menurut dokumen-dokumen rasmi, syarikat bintang berumur 27-tahun itu telah mengalami kerugian besar sebanyak GBP25,000 (RM127,999) pada tahun ini.

Abbey, yang merupakan peserta pilihan untuk memenangi rancangan tarian BBC 'Strictly Come Dancing', membuat keuntungan GBP53,600 (RM274,415) tahun lepas tetapi telah mengalami kerugian sebanyak GBP24,400 (RM124,920) pada tahun ini.

Semua wang simpanan model itu juga dipercayai telah lesap dan syarikatnya, Abigail Marie Clancy Limited hanya mempunyai GBP9,000 (RM46,077) untuk berbelanja buat masa ini berbanding dengan jumlah GBP102,500 (RM524,768) pada tahun lepas.

Seorang pakar kewangan mengulas bahawa, "Ianya tidak biasa untuk mengalami kerugian sebegini selepas meraih keuntungan besar hanya dua belas bulan lepas. Sesuatu perlu dilakukan dengan segera dan syarikat itu tidak boleh terus mengalami kerugian."

Walau bagaimanapun, Abbey tidak akan berasa terlalu tertekan kerana suaminya, Peter Crouch, masih meraih pendapatan sebanyak GBP2.5 juta (RM12,799 juta) setahun daripada pasukannya dalam Liga Perdana Inggeris, Stoke City.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!