27 Januari 2014


Nama Nina Iskandar mungkin masih kurang dikenali dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan apatah lagi filem pertamanya, ‘Muka Surat Cinta’ baru saja ditayangkan pada 16 Januari lalu. Namun, sejak akhir-akhir ini, nama pelakon kelahiran Brunei Darussalam ini menjadi perbualan hangat apabila dikaitkan dengan anak kedua tokoh usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid bin Mohamad Jiwa atau lebih popular dengan nama Datuk K iaitu Adib Khalid. 


“Saya memang tidak ada sebarang hubungan istimewa dengan dia. Sebelum ini saya memang tidak kenal dia dan hanya kenal selepas diajak oleh bos (David Teo) ke majlis ulang tahun kelahiran Dato’ Siti Nurhaliza. Jadi sebagai balasan, bos undang dia untuk datang ke tayangan media filem saya baru-baru ini,” jelas Nina ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2014 anjuran MIG, pada Selasa.

“Memang dia duduk di sebelah saya malam itu tapi kenapa gosip ini perlu timbul sebab saya memang tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Apapun saya anggap isu ini sebagai lumrah apabila menjadi seorang artis. Buat masa ini, saya memang belum ada kekasih kerana mahu menumpukan perhatian dengan kerjaya seni saya terlebih dahulu,” ujar Nina.

Sementara itu, Mejar (K) David Teo yang turut berada di sisi pemilik nama Nur Akmalina Iskandar ini turut mendedahkan Adib yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza ini telah menyuarakan sendiri hasratnya untuk berkenalan dengan artis di bawah syarikat pengurusannya itu kerana mengakui dia merupakan peminat Nina.

“Adib merupakan peminat Nina dan dia sendiri yang meminta saya untuk memperkenalkan Nina kepadanya. Pada mulanya saya pun terperanjat apabila Adib sebut nama Nina, namun saya tumpang gembira kerana walaupun Nina artis baru, sudah ada yangt mengingati namanya.

Saya tiada masalah mengenai hubungan mereka kerana tidak salah jika peminat mahu berjumpa dengan artis kegemaran mereka. Bagi saya, kenal sesama sendiri tiada masalah, tetapi jika secara privasi mungkin akan jadi gosip yang lebih serius. Tapi, kalau dah ada jodoh itu lain cerita,” ujar David Teo mengakhiri perbualan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!