26 Mac 2014


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu, pagi ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, Timbalan Pengarah Imigresen negeri Hamfatullah Syawal Hamdan berkata Jabatan Imigresen mendapat arahan untuk tidak membenarkan Saifuddin memasuki Sarawak.

"Pegawai yang bertugas ketika itu telah memaklumkan kepada Saifuddin, dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

"Jabatan Imigresen tidak mengambil masa yang lama untuk menjalankan arahan tersebut dan dia (Saifuddin) telah memberi kerjasama dan patuh kepada larangan itu," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya Saifuddin juga telah pulang ke Kuala Lumpur.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!