27 April 2014



FAM perlu kurangkan kebergantungan kepada orang lama, beri peluang idea baharu

Peminat sudah lama bersabar tetapi kadangkala hilang pertimbangan melalui tindakan luar batasan gara-gara kecewa dengan perkembangan bola sepak negara. Tanggal 25 Mei 2014, mereka mahu melihat perubahan dalam kepemimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal mengadakan Kongres ke-50 untuk memilih barisan pemimpin baharu. Berdasarkan senarai 39 calon yang bakal bertanding, majoritinya muka lama termasuk senarai teratas yang bakal menjadi teraju utama. Adakah revolusi yang diharapkan akan berlaku atau kekal dengan skrip lama. 

Wartawan BH AHAD, MOHD AZIS NGAH mendapatkan bekas Naib Presiden FAM dan bekas Presiden Bola Sepak Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dan ROHANIZA IDRIS menemubual Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempunyai cadangan tersendiri untuk memperbaiki kelemahan yang ada. 

Antara soalan pada Tan Sri Elyas Omar; Dulu FAM pernah wujudkan MSL (Liga Super Malaysia) tetapi gagal dan dimansuhkan?

Jawapan Tan Sri; Itu untuk pertandingan, bukannya soal perancangan. Biarkan FAM uruskan soal pertandingan. Sama seperti BAM (Persatuan Badminton Malaysia), mereka cuma boleh jadi pengurus pertandingan sebab BAM tidak ada keupayaan dalam soal pembangunan. Keupayaan mereka tidak sampai ke tahap itu, cuma uruskan soal pertandingan dan undang-undang. Soal pembangunan, serahkan kepada orang lain yang ada kepakaran. Jangan harapkan sesuatu yang lebih kalau FAM sendiri masih dipimpin orang lama. 

Antara soalan pada Datuk Seri Shahidan Kassim; Apakah perubahan yang perlu dibuat oleh kepemimpinan baharu FAM nanti?

Jawapan Datuk Seri: Kita kena lihat kepada kepemimpinan yang ada. Saya akui yang lama banyak pengalaman dan ada reputasi, namun yang baharu kena beri peluang sesuai dengan perubahan zaman. Ikuti kepemimpinan UMNO yang sudah pun membuat pemilihan dengan menyerahkan undi kepada tangan ahli pada peringkat akar umbi. Cara ini bukan saja telus, malah menyekat ruang rasuah atau undi yang dibeli. Peraturan lapuk tidak boleh mengkritik persatuan dan sebagainya perlu diubah, macam saya dikenakan tindakan hanya kerana meminta tambahan gaji dan menyatakan persatuan zalim.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!