19 Julai 2014


Beberapa rakaman video dan gambar yang menunjukkan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) buatan Rusia, BUK di timur Ukraine, dipercayai diambil oleh pasukan risikan negara ini, sebelum dan selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak, mula tersebar di internet.

Portal berita Mail Online melaporkan, sekeping gambar turut mempamerkan kenderaan yang dilengkapi empat peluru berpandu itu bersembunyi di celah bangunan dan pokok di bandar terbabit.

Tambah laporan itu, satu rakaman video dipercayai diambil selepas pesawat MH17 ditembak menunjukkan kenderaan pelancar roket itu yang kekurangan dua lagi peluru berpandu, bergerak menuju ke arah Rusia dan tidak lagi dikesan sejak semalam.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!