18 Julai 2014


Sejurus namanya tersenarai dalam kelompok 23 pelatih skuad kebangsaan yang dipanggil untuk aksi persahabatan antarabangsa pertama di bawah kendalian Dollah Salleh semalam, Safee Sali terus menjadi sasaran segelintir peminat yang umpama 'jurulatih tak berlesen' mempertikaikan pemilihannya. 

Malah bukan sedikit kata nista yang dilemparkan kepadanya kerana berpendapat pemenang kasut emas Piala Suzuki AFF 2010 itu tidak layak tersenarai, apa lagi prestasinya tidak menentu musim ini dan jarang berada dalam kesebelasan utama juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT). 


Namun, penyerang berusia 30 tahun itu tidak sedikit pun terusik dengan kata-kata yang mengecamnya itu, sebaliknya mengakui terharu kerana Dollah masih mempercayai kelibatnya. 

Malah dia bertekad menyahut cabaran untuk memperagakan sentuhan pemusnahnya di pentas antarabangsa menjelang Piala Suzuki AFF 2014 bermula 22 November ini, sekali gus melenyapkan kritikan dilemparkan segelintir peminat terhadapnya. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!