30 Oktober 2014

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berucap di Forum Wanita Luar Biasa 2014 (WEF2014) di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Dalam ucapannya, beliau berkata golongan lelaki Malaysia yang berpendidikan tinggi semakin berkurangan dan ianya tidak mustahil pada satu hari nanti golongan wanita pula akan menjadi pencari rezeki untuk keluarga manakala kaum lelaki akan menjadi suami rumah. 


Kaum lelaki semakin malas dan progres wanita pada hari ini lebih pantas berbanding dengan lelaki. Jumlah lelaki berjaya yang semakin berkurangan pula menyebabkan ramai wanita yang berkerjaya dan hebat terpaksa berkahwin dengan pasangan yang kurang kelayakan, tambah Dr.Mahathir. 

Beliau juga telah mencadangkan kepada kaum lelaki untuk wajib mempelajari ilmu kemahiran hidup untuk membantu isteri dalam menjadi suami rumah yang baik. 


Kredit Foto: ABN Xcess
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!