30 Oktober 2014

BUTTERWORTH, - Pengasuh berusia 39 tahun yang didakwa mengikat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada hari Jumaat.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis Seberang Perai Abdul Rahman Ibrahim, siasatan telah dibuat dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Selasa lalu, ibunya yang merupakan seorang pekerja kilang berusia 38 tahun menemui anak lelakinya diikat dan terbaring di atas lantai apabila dia membuat lawatan mengejut ke rumah pengasuh anaknya di Taman Seri Pinang.

Menurut si ibu, anaknya dihantar ke rumah pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu.

Anaknya sentiasa kelihatan letih dan lapar semasa dijemput pulang.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!