30 Oktober 2014

Bila bercakap tentang perkahwinan diraja, setiap daripada kita ada persepsi tersendiri. Ada yang tak kisah, tetapi ramai yang mahu ambil tahu kerana perkahwinan diraja bagaikan satu terjemahan kisah dongeng ke alam realiti.

Di Malaysia, kita sudah menyaksikan begitu banyak perkahwinan diraja. Mari kita lihat kemeriahan antara perkahwinan diraja yang bukan sahaja diliputi kemewahan dan kegemilangan, tetapi juga mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat.


1. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah and Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Davidson

Perkahwinan ini bolehlah dikatakan perkahwinan paling dinanti bukan sahaja rakyat Perak, malah seluruh rakyat Malaysia. Sultan Nazrin bukan sahaja tampan, malah berpendidikan tinggi dan punya karisma yang tersendiri. Tidak hairanlah, baginda pernah dilabel sebagai'Malaysia's Most Eligible Bachelor'. 

Dan pilihan Sultan Nazrin ternyata bukan calang-calang. Tuanku Zara, wanita jelita, bijak dan punya personaliti yang disenangi. 

2. Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan Cik Puan Muda Datuk Seri Julita Aishah

Juga antara perkahwinan yang menjadi sebutan. Kejelitaan Julita, bekas pramugari Singapore Airlines menjadi sebutan dan tatapan masyarakat, malah banyak majalah menjadikan wajah ayu beliau sebagai penghias muka depan.

3. YAM Tengku Amalin A’ishah Putri(adinda Sultan Kelantan) dan Pengiran Muda Abdul Qawi

Satu-satunya puteri Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra, Tengku Amalin dikenali kerana kecantikan, keramahan serta kebijaksanaannya. Malah puteri berkeperibadian tinggi ini bergelar majistret paling muda dalam sejarah, iaitu ketika berusia 21 tahun. Pasangannya pula adalah anakanda sulung kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.

8 November ini, giliran rakyat negeri Johor pula merasakan kemeriahan dengan majlis resepsi Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Cik Khaleeda Bustamam mengambil tempat. Pasangan diraja ini bernikah 25 Oktober lalu. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!