9 November 2014

Keluarga dan waris mangsa masih berharap sebahagian 43 pelajar yang hilang September lalu, selamat ditemui. Foto: AFP

BANDARAYA MEXICO - Suspek kes culik 43 pelajar di Mexico mengaku membunuh sebelum membakar mayat mangsa. Dua ahli kumpulan Guerreros Unidos membuat pengakuan itu kepada polis dan memberitahu sebelum dibunuh, mangsa dibawa ke sebuah tapak pelupusan sampah menggunakan trak, kata Pendakwa Raya, Jesus Murillo Karam.

Menurut Murillo Karam, suspek membakar mangsa menggunakan tayar selama 14 jam, sehingga menjadi abu.
"Suspek turut menghancurkan cebisan mayat mangsa dan membuangnya ke dalam sungai. Mereka juga tidak tahu jumlah sebenar pelajar yang dibunuh.

"Namun salah seorang suspek memberitahu jumlah pelajar yang diserahkan kepada mereka melebihi 40 orang," kata Murillo Karam ketika membuat pengumuman itu di hadapan keluarga mangsa di Chilpancingo, semalam.
 
Sebelum pengumuman itu dibuat, ahli keluarga mangsa enggan menerima berita kematian pelajar terbabit sehingga mendapat keputusan rasmi daripada pakar forensik Argentina.

Sebelum ini, pihak berkuasa menemui  beberapa mayat dalam  kubur besar di selatan Mexico.
 
Lubang kubur itu ditemui di sebuah bukit di luar Iguala, bandar di mana pelajar dari kolej latihan guru Chilpancingo dilihat untuk kali terakhir dan saksi menyatakan polis tempatan membawa beberapa pelajar berkenaan ke kawasan tersebut. - dpa
 
 
 
SUMBER
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!