9 November 2014


Sebanyak 1,840 peluru hidup ditemui penduduk dari Belanga Pecah dalam Sungai Kilim dekat sini semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan senjata api di pulau itu, September lepas.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritendan Harith Kam Abdullah berkata, peluru tersebut ditemui kira-kira pukul 1 dan 6 petang semalam dalam sungai yang sama.

“Kira-kira pukul 1 petang, nelayan dari Belanga Pecah menemukan kotak hitam sebelum menghubungi pihak polis dan hasil pemeriksaan mendapat terdapat sebanyak 920 butir peluru di dalamnya.

“Sementara itu kira-kira pukul 6 petang pula, orang kampung itu menemukan sebanyak 920 butir peluru yang sudah karat disimpan dalam plastik di sungai yang sama. Hasil siasatan pihak polis tidak menolak kemungkinan peluru ini merupakan saki baki rampasan senjata sebelum ini memandangkan ia ditemui berdekatan dengan lokasi rampasan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 18 dan 26 September lalu, Polis Kedah merampas kira-kira 23 laras senjata api dan 1,000 peluru hidup dalam dua kes rampasan di pulau tersebut selain penahanan beberapa suspek termasuk warga asing.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!