25 November 2014


TAWAU, 24 November 2014: Sebanyak 20 rumah musnah mengakibatkan kira-kira 120 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Lorong Haji Sundu, Batu 2 Jalan Apas, di sini, petang tadi.

Kejadian pada jam 4 petang itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.06 petang sebelum menghantar 33 anggota bersama empat jentera dan empat utiliti ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, kebakaran sudah memusnahkan tiga rumah, namun api cepat merebak disebabkan angin kencang.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran dibantu oleh penduduk selain menggunakan sumber air terbuka melalui sungai berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

Foto: Abdul Rahemang Taiming

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!