23 November 2014


SRI AMAN: Tiga maut manakala 24 lagi cedera akibat letupan di dalam terowong lombong arang batu di Silantik, Pantu, di sini, pagi tadi.

Letupan kira-kira jam 9 pagi itu dipercayai akibat kerosakan kipas angin yang mencetuskan kebakaran gas di dalam terowong sedalam 451 meter itu.

Tiga pekerja lombong yang maut ialah Kardianto, 38, warga Indonesia; Pang Chung Hyok, 29 (Korea Utara) dan Tun Tun Win, 36 (Myanmar).

Lombong arang batu itu beroperasi sejak lapan tahun lalu dan mempunyai 119 pekerja terdiri daripada warga China, Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan Korea Utara.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohamad, berkata ketika kejadian seramai 27 pekerja berada di dalam terowong dan bergegas keluar sebaik menyedari berlakunya letupan.

Katanya, kebakaran itu dipercayai bermula daripada percikan api kipas angin yang rosak dan seterusnya menyebabkan kebakaran gas dalam terowong.

"Kebakaran itu padam sendiri apabila kehabisan gas dan ia berlaku dalam terowong sedalam 451 meter dari pintu masuk," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.32 pagi dan enam anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk tiba di lokasi kejadian yang jaraknya 62 kilometer dari Balai Bomba Sri Aman pada jam 12.40 tengahari tadi.

"Letupan berlaku pada jarak 150 meter di dalam terowong dan sehingga kini tiada mangsa terperangkap," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!