27 November 2014


Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekal dan diperkukuhkan bagi melindungi ketenteraman negara.

Perdana Menteri berkata, akta itu akan ditambah baik dengan memasukkan dua peruntukan penting iaitu melindungi kesucian Islam serta agama lain dan tindakan terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

"Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan...serta diperkukuhkan...," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Pengumuman Presiden UMNO itu disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan.

Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semalam memutuskan untuk menggesa kerajaan mengekalkan perundangan berkenaan
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!