14 November 2014


Kumpulan AmBank hari ini menafikan terlibat dalam sebarang tindakan yang menyokong kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali berkata, sebagai badan korporat yang bertanggungjawab, AmBank sememangnya mengikut garis panduan yang tegas berkenaan dengan perbankan, insurans dan takaful serta menghormati undang-undang syariah.

“Kami menghormati sensitiviti rakyat negara ini yang menganuti agama dan kepercayaan yang berbeza-beza dan ini juga adalah selaras dengan objektif kami untuk menjadi bank yang memahami keperluan masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Presiden JMM, Azwanddin Hamzah semalam mempertikaikan tindakan sebuah syarikat insurans antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan menyokong kumpulan LGBT, yang kini beroperasi di negara ini dengan menjual produk insurans takaful.

Azwanddin mendakwa, pihaknya menerima aduan orang ramai yang terkejut selepas mendapati syarikat itu menjalankan urusniaga tersebut menerusi kerjasama dengan AmBank Group, sejak hujung tahun lalu.

Tambah Syed Anuar, Kumpulan AmBank dan anak syarikat yang terlibat dengan syarikat insurans AS itu beroperasi dan ditadbir secara bebas di bawah undang-undang Malaysia dan tidak menyokong sebarang amalan yang bertentangan dan melanggar undang-undang termasuk undang-undang syariah.

Katanya, syarikat insurans AS itu yang mempunyai kira-kira 100 juta pelanggan di hampir 50 buah negara menghormati undang-undang, tradisi dan budaya tempatan khususnya di tempat yang ia beroperasi.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!