11 November 2014

Selepas Rozita Che Wan, Amyza Aznan dan Fasha Sandha melahirkan anak bulan ini, pelakon popular era 90-an, Mas Anizan juga selamat melahirkan anak perempuan pada 7 November lalu di Hospital Prince Court sekitar jam 9 pagi.

Sebelum ini menerusi ruangan Juwie setiap Sabtu di akhbar Berita Harian, beliau pernah menulis cerita pelakon berkenaan yang sedang hamil. Anak yang baru dilahirkan itu ialah hasil perkongsian hidup Mas menerusi perkahwinan keduanya.


Bayi comel itu diberi nama Putri Ariana Merissa. Usaha menghubungi Mas Anizan tidak berjaya dan hanya mendapat maklumat menerusi teman baiknya. Malah gambar bayi itu turut dikongsi rakan Mas Anizan di laman Facebook.

Mas sebelum ini pernah mengaku berkahwin untuk kali kedua cuma enggan memberitahu secara lanjut. Dulu Mas pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1993 hinggalah suaminya meninggal dunia pada tahun 2008.

Mereka dikurniakan Allah dua anak bernama Mas Aliza yang sekarang sudah berusia 19 tahun dan Mohd Masli Danial, 14.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!