28 November 2014


Kegemilangan Alleycats yang diasaskan oleh David dan Loganathan Arumugam kini diteruskan oleh waris mendiang Loganathan atau Loga, Dasha Logan. Penyanyi berusia 26 tahun ini sedang mencari hala tuju muziknya di England dan telah tampil dengan single berjudul Cleverly.

Single yang merupakan percubaan pertama Dasha di sana telah menduduki carta ke empat dalam UK Soul. Memetik laporan daripada The Star Online Dasha atau nama sebenarnya Priyadashini Arumugam berkata bahawa keluarga adalah dorongan utamanya dalam menceburkan diri dalam dunia muzik.

“Saya membesar mendengar dan mengikuti mendiang bapa saya, Loga, membuat persembahan ke merata tempat. Dia adalah inspirasi terbesar saya. Sejak kecil lagi saya tahu saya ingin mengikuti jejak langkah bapa.

“Kini lagu nyanyian saya berada di dalam carta di UK dan ia merupakan sesuatu yang diluar jangkaan. Ia bermula bila saya mendapati single saya menaiki carta di iTunes dan Spotify dan sekarang ia turut mendapat sambutan di Shazam dan Soundhound.

“Ia mengujakan kerana ini adalah tempat dimana jika anda terdengar lagu yang mungkin tidak diketahui tajuknya dan mereka akan mencarinya disini. Itu yang sering saya lakukan jika terdengar lagu dari artis terkenal, saya tidak sangka akan melalui pengalaman yang sama,”ujarnya kepada akhbar berbahasa Inggeris itu.

Lagu yang berkisarkan tentang rakannya yang mendapat tahu kekasihnya telah berkahwin dan Dasha merasakan ia sesuatu yang amat mengguris perasaanya dan daripada situlah ilham menulis dan mencipta lagu Cleverly bermula.

“Ketika itu di London, saya teringatkan kisah seorang teman yang mendapat tahu teman lelakinya telah berkahwin dan ia pastinya satu perasaan yang amat memilukan. Rasa sedih itu membuatkan saya terpanggil menulis lagu ini.

“Ia adalah lagu yang positif dan sekaligus untuk memberitahu kepada lelaki diluar sana khususnya bahawa kami (wanita) tidak bodoh dan tahu jika terdapat sesuatu perkara yang mencurigakan berlaku,”tuturnya lagi

Dasha turut bercerita mengenai lagu baru yang bakal dilancarkannya tahun depan dan merancang menghasilkan album di UK dengan Areaboy. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!