20 November 2014


SAO PAULO: Anak lelaki legenda bola sepak Brazil, Pele ditahan dekat Sao Paulo selepas gagal dalam rayuan terhadap dakwaan kes pengubahan wang haram, kata pihak kehakiman negara itu, hari ini.

Bekas penjaga gol, Edson "Edinho" Cholbi do Nascimento, 43, yang pernah menyarung jersi bekas kelab bapanya, Santos dipenjara 33 tahun pada Mei lalu atas dakwaan pengubahan wang haram yang dikumpul menerusi pengedaran dadah tetapi membuat rayuan dan dibebaskan buat sementara sebelum ditahan semula.

"Ketika ditahan, Edinho merayu supaya menunggu sehingga hari perbicaraannya," kata jurucakap mahkamah tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Sementara itu, polis berkata, Edinho dibawa ke balai polis di Santos, Sao Paulo dan bakal dipindahkan ke penjara.


Dia pernah ditahan di rumahnya di Praia Grande, bandar kecil di pinggir Santos dan dibebaskan seminggu kemudian.

Edinho dilarang daripada meninggalkan Brazil dan diarah melapor diri setiap minggu di mahkamah Praia Grande.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!