27 November 2014

Selepas sembilan tahun Andy melamar Kimi untuk menjadi isterinya pada Rabu.
LONDON: Sambil menghadiahkan cincin berlian rekaannya, bintang tenis Britain, Andy Murray melamar kekasihnya sejak sembilan tahun lalu, Kim Sears untuk menjadi isterinya.

Juara Wimbledon itu berpacaran dengan Kim sejak mereka bertemu kali pertama di kejohanan Terbuka Amerika Syarikat pada 2005.

Bagaimanapun selepas lima tahun kedua-duanya membawa haluan masing-masing.

Sumber berkata, ahli keluarga Murray, termasuk ibunya, Judy, terlalu gembira dengan perkhabaran itu.



“Murray melamar Kim pada Rabu lalu dengan menghadiahkannya sebentuk cincin berlian.

“Cincin itu direka sendiri oleh Murray dan diambil minggu lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, Kim menerima lamaran berkenaan tanpa teragak-agak.

Kim lahir di Sussex 26 tahun lalu dan memiliki ijazah sarjana muda Kesusasteraan Inggeris.

Dia pernah meninggalkan rumah tempat mereka berkongsi hidup tanpa kahwin di Surrey pada 2009 dan kembali ke rumah ibu bapanya.

Murray pula berkata, dia gagal mengungguli Wimbledon pada 2013 kerana tidak mendapat sokongan berterusan daripada Kim.

Sebelum ini Murray, 27, sentiasa mengelak daripada menjawab soalan mana-mana pihak mengenai percintaannya.


SUMBER
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!