11 November 2014


Arsenal dijangka akan melabur STG30 juta (RM150 juta), Januari ini untuk mengikat dua tonggak Barcelona - Pedro dan Dani Alves - yang turut menjadi buruan Liverpool, Manchester United dan Chelsea.

The Gunners kini dalam situasi terdesak memantapkan jentera pasukan selepas permulaan hambar dalam Liga Perdana Inggeris dan Arsene Wenger bersedia untuk berbelanja memulihkan wajah cabaran pasukan.

Tambahan, statusnya juga terancam ketika ini kerana penyokong tegar dan pengkritik Arsenal seperti mahu dia berundur.


Keutamaan pengendali berbangsa Perancis itu adalah untuk mendapatkan pemain bek kanan yang baharu berikutan kecederaan lama ditanggung Mathieu Debuchy dan perubahan posisi Calum Chambers ke bek tengah.

Alves kini dilihat sasaran utama Arsenal menampung kepincangan itu.

Kontrak pemain antarabangsa Brazil itu akan tamat akhir musim ini dengan Man United dan Chelsea turut mendapatkannya atas perpindahan percuma.

Namun, Wenger bersedia menghalang hajat Louis Van Gaal dan Jose Mourinho dengan membuat tawaran STG6 juta (RM30 juta) sebelum bermula jendela perpindahan.

Satu lagi pemain dalam radar Arsenal adalah Pedro, yang diburu Van Gaal dan pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.

Pemain sayap itu dijangka meninggalkan Nou Camp berikutan ketibaan Luis Suarez dan Wenger sudah pun merancang mengikat pemain ini dengan nilai STG24 juta (RM120 juta).
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!