13 November 2014



Seorang jurutera Switzerland, mencipta sebuah basikal dengan enjin yang mampu mengatasi kepantasan sebuah kereta Ferrari dalam perlumbaan drag atau perlumbaan trek pendek.

Kedengaran tidak masuk akal tetapi itu yang dilakukan Francois Gissy dengan menggunakan kepakaran dalam bidang kejuruteraan moden.

Gissy memuatkan sebuah enjin roket yang mampu menghasilkan kuasa dorongan yang tinggi.

Ferrari 430 Scuderia gagal menyaingi basikal ditunggang Gissy, yang berjaya mencapai kelajuan 333 kilometer sejam dalam 4.8 saat pada jarak 300 meter.

Tidak puas dengan pencapaian itu Gissy bertekad untuk membina basikal yang lebih laju dan besar tahun depan yang dikenali sebagai Spine Crusher.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!