25 November 2014


BALIK PULAU - Bayi  lelaki berusia setahun maut dilanggar oleh kereta bapanya di kediaman rumah mereka di Jalan Bahru, Balik Pulau. 

Mangsa, Muhammad Syamil Ziqri dilaporkan merangkak keluar dari rumah dan bermain di antara kereta Iswara dan dinding rumahnya. 


Bapa yang tidak menyedari kehadiran anaknya, menghidupkan enjin kereta untuk bertolak keluar. Malangnya, kereta berkenaan ditinggalkan dalam keadaan gear yang tidak neutral lalu menyebabkan keretanya bergerak hadapan sebaik sahaja enjin dihidupkan. 

Kemudian, bapanya mendapati bayi berkenaan dalam keadaan tidak sedar diri.

Mangsa dikejar ke Hospital Pulau Pinang. Bagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia dalam perjalanan ke pusat perubatan.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!