11 November 2014

PETALING JAYA – Pengedar ganja kini mampu beroperasi secara mudah di beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Modus operandi pengedar muda ini mengunakan kelebihan peer-to-peer atau kenalan rakan sebaya untuk mengagihan barangan mereka kepada para pelajar.

Beberapa wartawan dari akhbar The Star menyamar sebagai siswazah bagi mengkaji cara sebaran tersebut. Rata-rata mereka amat terkejut apabila mendapati bahan larangan itu begitu mudah dibeli oleh mahasiswa.

Kajian rawak itu dilakukan di beberapa kampus yang terletak di Lembah Klang. Para jurnalis itu berjaya berhubungan dengan seorang pengedar yang baru berusia 20 tahun.

“Saya mendapat stok dari pengedar besar di luar. Sebenarnya saya bertindak sebagai orang tengah untuk menjual kepada rakan-rakan sekuliah,” ujar pelajar yang sedang mengikuti kursus pengurusan perniagaan itu.

Penuntut jurusan ijazah sarjana muda berkenaan turut menjadi pembekal utama kepada beberapa kolej dan universiti sekitar lembah Klang dengan harga pemulaan sebanyak RM50.

Siasatan tidak terhenti setakat itu apabila para wartawan tersebut berjaya berbicara dengan seorang lagi pelajar yang biasanya menghisap ganja di bahagaian tempat letak kereta universiti.

Menurut pelajar itu, hampir kesemua universiti atau kolej utama tempatan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengedar di dalam kampus.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!