30 November 2014


Gambar edit Shahrukh Khan dan Salman Khan berciuman di bibir telah menerima perhatian yang hangat dari pihak media di Bollywood.

Para peminat Bollywood agak terkejut kerana menganggap gambar itu sebagai gambar yang benar. Namun selepas melihat komen Salman Khan, semua pihak telah menarik nafas yang lega dan mengutuk mereka yang telah reka gambar palsu tersebut.

Salman Khan dengan nada yang ketawa telah berkata “Ini adalah hasil editing yang amat teruk. Saya mempunyai versi yang jauh lebih elok dan jauh lebih bagus daripada apa yang anda miliki. Lihat sahaja ekspresi Shahrukh seperti benar-benar menikmati saat kami berciuman,”.

Gambar asal sebenarnya menunjukkan Shahrukh Khan dan Salman Khan mencium dahi Arpita Khan yang merupakan adik perempuan Salman Khan. Baru-baru ini, Arpita Khan telah berkahwin dan majlisnya dihadiri oleh semua pelakon-pelakon yang terkenal di Bollywood. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!