23 November 2014


LONDON - Seorang lelaki warganegara British yang berusia 50 tahun telah menderita selama empat tahun akibat sakit kepala dan hilang ingatan. Pakar perubatan telah melakukan imbasan MRI untuk mencari punca masalah tersebut.

Pada mulanya, keputusan imbasan hanya menunjukkan satu kelompok yang kelihatan seperti luka.

Tetapi, selepas membuat imbasan dengan teliti, pakar perubatan telah menemui cacing berparasit berukuran 10 cm di dalam otak lelaki tersebut. 

Sejurus selepas itu, lelaki itu diberi rawatan dan telah pun berpulih. 

Cacing tersebut hanya dijumpai sebanyak 300 kali di seluruh dunia sejak tahun 1953 dan belum pernah dilaporkan di Britain.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!