21 November 2014


Meskipun memperkenal wajah-wajah baru sebagai bintang utama, trailer filem dongeng klasik 'Cinderella' versi baru mendapat sambutan luar biasa di media sosial.

Meskipun hanya akan ditayangkan pada Mac tahun depan, filem arahan Kenneth Branagh ini sudah pun meraih jumlah perkongsian tinggi di platform online.

Ramai yang teruja menantikan garapan baru ‘Cinderella’ dan ingin melihat sama ada unsure klasik kisah dongeng popular Disney ini masih dikekalkan atau disuntik ‘twist’ dalam jalan cerita.

Selain itu, dua nama besar Hollywood, Cate Blanchett dan Helena Bonham Carter turut menjadi tarikan filem ini.

Masing-masing memegang peranan sebagai ibu tiri dan ibu peri (fairy godmother) Cinderella.

'Cinderella' dihidupkan kembali oleh bintang siri Downtown Abbey, Lily James dan bintang siri Game of Thrones, Richard Madden sebagai Prince Charming.

Seorang lagi pelakon Downtown Abbey, Sophie McShera memainkan watak kakak tiri Cinderella, Drisella manakala Holliday Grainger sebagai Anastasia.




0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!