24 November 2014


Kanak-kanak yang mengikuti Encik Ghazali Sudirman dan Cik Eliane Stadelmann-Boving jerit dalam keriangan apabila mereka melangkah masuk sebuah wad di Hospital Universiti Kebangsaan, Singapura. 

Jeritan keriangan mereka begitu kuat sampai boleh didengar dari wad yang berdekatan. 

Berpakaian kot makmal berwarna putih dengan membawa stetoskop, pasangan ini melawat hospital dengan tujuan membantu mewujudkan persekitaran yang bahagia agar kanak - kanak cepat sembuh

Tetapi bukan dengan cara yang anda fikirkan?  Mereka bukan doktor atau pakar perubatan seharian kita tetapi doktor yang tampil dengan hidung merah. 

Sebagai ahli Badut Doktor Singapura, Encik Ghazali, 28, dan Cik Stadelmann-Boving, 33, percaya bahawa ketawa merupakan ubat yang terbaik.

Menurut Encik Ghazali, seorang guru drama: "Saya sedar bahawa dengan kemahiran lakonan saya, saya boleh membawa perubahan dalam kehidupan pesakit di wad.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!