17 November 2014


KUALA TERENGGANU – Pada bulan lepas, fosil dinosaur yang merangkumi tapak kaki, tulang dan gigi telah ditemui oleh sekumpulan penyelidik dan pensyarah di Gunung Gagau, Hulu Terengganu.

Fosil-fosil dipercayai daripada spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir. Pasukan penyelidikan adalah ahli daripada beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).


Minggu lepas, Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM) juga telah menemui fosil gigi yang dipercayai daripada spesies baru yang menyerupai burung.

Ketua pasukan penyelidikan paleontologi UM Dr Masathoshi Sone berkata Semenanjung Malaysia mungkin adalah  tapak ‘panas’ di mana dinosaur purba telah hidup.



Kredit Foto: Star Online 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!