20 November 2014


TELUK INTAN - Penduduk sebuah kampung di sini tidak lagi berani keluar rumah pada waktu malam, gara-gara berita pocong yang dikatakan berkeliaran di kawasan berkenaan.

Laporan China Press menyebut hal itu diakui oleh penduduk kampung itu sendiri yang mendakwa telah beberapa kali terserempak dengan pocong, "dengan mata kemerahan".

Ada juga penduduk mendakwa melihat pocong "melompat dan bergolek-golek" di hadapan mereka apabila keluar rumah pada waktu dinihari.

Ketua kampung berkenaan bagaimanapun enggan membuat sebarang pengesahan tentang kewujudan pocong di situ. Walaupun begitu, satu pasukan rondaan telah ditubuhkan untuk menenteramkan penduduk.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!