24 November 2014


Baru-baru ini, satu kajian telah mendapati bahawa memakai gincu merah ke tempat kerja akan membantu dalam mendapatkan promosi kerja dengan lebih cepat.

Emma Leslie seorang editor dari Escentual.com berkata bibir merah tidak semestinya hanya dipakai untuk majlis yang istimewa ataupun ketika keluar malam. Memakai gincu merah melambangkan kuasa dan keberanian kerana ia menarik perhatian orang lain ke atas wanita itu terutamanya ke bibirnya. 

Dengan memakai gincu merah, wanita secara automatik akan mendapat keyakinan yang lebih tinggi di tempat kerja. 

Hasil kajian itu juga mendapati bahawa hampir separuh daripada wanita di Britain memakai gincu merah ke kerja sebagai lambang keyakinan dan juga untuk mengagumkan bos mereka. Tips memakai gincu merah ke tempat kerja adalah untuk memastikan solekan mata dan muka adalah tahap minima.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!