9 November 2014


Kerana terlalu cantik dan seksi, seorang pengacara TV wanita hampir diberhentikan kerja.

Katarina Sreckovic, seorang pengacara program bola sepak yang popular di Eropah, dihalau keluar dari padang beberapa kali, ketika sedang menjalankan tugas menemuramah pemain dan pegawai kelab bola sepak Red Star Belgrade.

Katarina diminta meninggalkan kawasan padang kerana pemain mengadu 'tidak dapat memberi perhatian pada latihan' dengan kehadiran Katarina.

Hal tersebut membuatkan Katarina hampir kehilangan kerjayanya, yang disifatkan sebagai 'kerjaya idaman'.

Namun semuanya berakhir dengan baik, dan Katarina mengakui semakin lama orang-orang di sekelilingnya sudah boleh memberikan kerjasama apabila dia bertugas, termasuklah pemain.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!