19 November 2014


NEW DELHI - Seorang wanita berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia akibat dicakar seekor harimau.

Ketika kejadian, wanita itu sedang memetik daun herba di hutan Bramhapuri apabila harimau berkenaan menerkamnya.

Harimau itu hanya melepaskan mayat wanita berkenaan selepas penduduk lain melontar batu bagi mengusirnya.

Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat dicakar dan tidak mempunyai kesan digigit, manakala harimau  itu ditemui mati keesokannya, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Pemeriksaan mendapati haiwan itu rongak dan giginya tidak berfungsi. Dipercayai haiwan itu kelaparan dan melihat wanita itu sebagai mangsa mudah.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!