10 November 2014


SEPANYOL – Seorang pelajar yang sedang dalam percutian ke Sepanyol maut apabila terjatuh dari jambatan ketika cuba mengambil gambar selfie.

Sylwia Rajchel dikatakan hilang imbangan lalu terjatuh dengan ketinggian 15 kaki dari jambatan Puente de Triana di Seville.

Pelajar perubatan yang berasal dari Lublin itu kemudiannya mengalami serangan jantung sebelum dilaporkan meninggal dunia di hospital.


Menurut Bernadeta, ibu kepada Sylwia, lawatan ke Sepanyol merupakan salah satu impian gadis berusia 23 tahun tersebut.

Pelajar kejururawatan di Universiti Selatan Poland itu turut mempelajari bahasa tempatan dan berhasrat untuk bekerja di negara berkenaan suatu hari nanti.

“Ini merupakan satu kemalangan tragik dan kami sedang giat menaiktaraf kadar keselamatan sepanjang jalan dan jambatan agar lebih selamat,” ujar jurucakap bandar Seville.

Jambatan Puente de Triana telah dibina antara tahun 1845 dan 1852. Ia merupakan salah satu tempat pilihan serta lokasi fotografi popular bagi pengunjung.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!