27 November 2014


KUALA LUMPUR – Johor akan menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai stadium tertutup bola sepak menggunakan padang tiruan yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menjelang penghujung tahun depan.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan memberitahu, padang bola sepak tiruan itu akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu, pembinaan padang bola sepak tiruan tertutup di Johor itu akan bermula pada Januari tahun depan.


“Padang bola sepak tiruan ini akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.

“Ia bakal menjadi lambang kemegahan buat negeri Johor apabila menjadi yang pertama di Malaysia memiliki padang bola sepak tiruan tertutup bersaiz sebenar yang akan dibina mengikut spesifikasi FIFA,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, PBNJ akan turut menaiktaraf kemudahan bola sepak sedia ada dengan menempatkan Pusat Perubatan berhampiran padang latihan.

Jelas kenyataan itu, usaha itu bagi memastikan para pemain yang mengalami kecederaan mendapat bantuan perubatan melalui peralatan yang lebih baik untuk penyembuhan dan pemulihan mereka.

“Proses pembinaan padang bola sepak tertutup baharu ini dijangka akan disiapkan sebelum Disember 2015,” kata kenyataan itu.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!