21 November 2014


Jakarta: Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) semalam mendesak polis Indonesia menamatkan amalan ‘diskriminasi’ dengan melakukan ujian dara terhadap wanita yang ingin menyertai pasukan keselamatan berkenaan.

HRW berkata, polis menetapkan syarat bagi wanita yang ingin menganggotai pasukan itu mestilah tidak berkahwin dan dara.

Kata pertubuhan berkenaan, ujian mengesan dara masih dijalankan walaupun ada sesetengah pegawai kanan polis mendakwa ia tidak lagi diamalkan.

“Dalam temu bual kami, gadis tempatan - termasuk sesetengah yang menjalani ujian itu baru-baru ini - menggambarkan prosedur itu menyakitkan serta menyebabkan trauma.

“Mereka menceritakan bagaimana mereka dipaksa berbogel sebelum pegawai perubatan wanita melakukan proses dikenali sebagai ujian dua jari yang boleh dianggap kuno,” kata pertubuhan itu, semalam.

Seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun berkata, dia tidak ingin mengingati pengalaman berkenaan kerana ia sangat menjatuhkan maruah. Dia menjalani ujian berkenaan di Pekanbaru.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!