26 November 2014


KL, 25 NOV 2014: Sejak berkahwin dan memiliki cahaya mata perempuan, model, penyanyi dan pengacara Camelia terus menyepi di dalam industri hiburan tanah air. 

Malah, dia juga dikatakan telah menetap di London dan hanya sekali-sekala saja pulang ke tanah air atas urusan-urusan yang tertentu. 

Ada juga peminat Camelia yang bertanyakan pada Murai Batu, tidak inginkan Camelia kembali dan membuat comeback di dalam industri hiburan tanah air. 

Lagipun dia bukan calang-calang penyanyi dan lagunya pula banyak yang sedap-sedap. Antaranya seperti Rindu Padanya, Dengarlah Kasih serta Erti Kehidupan. 

Eh! Dah terlanjur cakap pasal Camelia ni, Murai Batu nak layanlah lagu-lagu Camelia kat dalam Youtube. Khas buat pembaca Murai semua, Murai Batu mak kongsikan wajah terbaru Camelia bersama puterinya, Aisha. 

Yang penting, Camelia masih tetap cantik dan hot seperti dulu dan anaknya, Aisha pula telah mewarisi kecantikan mummynya itu.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!