23 November 2014

Kemaraan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki 2014 bagi Kumpulan B akan ditentukan pada perlawanan menentang Myanmar.
 
Kapten skuad kebangsaan, Mohd Shukor Adan berkata sebagai pasukan 'underdog', skuad negara tidak mempunyai tekanan namun tiga mata pertama menentang Myanmar merupakan tonik terbaik serta penentu nasib pasukan kebangsaan dalam saingan kumpulan.
 
 Berbaki dua hari lagi sebelum perlawanan, Shukor mengakui Harimau Malaya tidak mempunyai banyak masa untuk menyusun strategi baharu tetapi beliau yakin dengan keazaman yang tinggi, mampu mendorong skuad kebangsaan mencatat kemenangan dari setiap perlawanan.

 Malaysia dijadualkan menentang Myanmar bagi perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad ini sebelum bertemu Thailand dan Singapura masing-masing pada 26 Nov dan 29 Nov.
 
 "Kami akan bermain habis-habisan dan pasukan negara juga tidak boleh memandang rendah dengan kehebatan pasukan Myanmar. Berbaki dua hari lagi, pemain perlu memberikan konsentrasi dalam perlawanan.
 
 
SUMBER


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!