25 November 2014


BUKIT MERTAJAM - Penemuan satu beg plastik berisi kepala manusia dipercayai warga asing yang diletakkan di sebuah kedai menggemparkan penduduk di Taman Impian Ria di sini.

Beg plastik berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 5.30 petang, yang kemudiannya menghubungi polis.


Berdasarkan rakaman CCTV, seorang dari dua lelaki itu turun dari motosikal dan meninggalkan bungkusan plastik berkenaan berhampiran kedai sebelum beredar.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain dan telinga kiri dan kanannya dipotong sebelum kepala itu dibuang di situ.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan dan identiti mangsa sedang dikenal pasti. - MLP


Foto: Berita Harian
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!