24 November 2014


Kegagalan kerajaan Kelantan untuk menguruskan kewangan bukan sesuatu yang baharu tetapi ia berlaku sejak sekian lama.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kelemahan dalam urus tadbir dan pengurusan kewangan selain kekurangan sumber kewangan merupakan masalah yang dihadapi oleh kerajaan Kelantan sehingga menyebabkan berlaku defisit hampir setiap tahun.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai Laporan Audit Negara baru-baru ini berkaitan kedudukan dan prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan pada akhir tahun lepas yang secara keseluruhannya kurang memuaskan berbanding tahun 2012.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerah sumbangan sebanyak RM1.2 juta kepada masyarakat Siam di Wat Prachumthat Canaran, di sini, hari ini.

Sumbangan itu adalah antara janji BN pada PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September lepas.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3, prestasi kewangan kerajaan negeri bagi 2013 mencatat defisit RM77.78 juta berbanding defisit RM69.69 juta pada tahun sebelumnya.

Menyentuh mengenai janji-janji kerajaan BN pada PRK Pengkalan Kubor, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan pusat telah membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk membaik pulih surau dan masjid.

Selain itu, beberapa permohonan tambahan umpamanya industri kecil dan sederhana, pembaikan jalan raya, dan masalah banjir yang berlaku dua kali setahun di kawasan itu, masih dalam proses untuk dilunaskan selewatnya pertengahan tahun depan, katanya. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!