26 November 2014



Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kecantikan yang tersendiri, pasti sekiranya bergelar pelakon ataupun penyanyi perlu mempunyai kriteria tersebut. Apa yang terjadi kepada selebriti Hollywood iaitu Taylor Swift ialah gagal menerima tawaran berlakon kerana tiada tulang pipi? Opsss

Menerusi Digital Spy, Joni Mitchell sendiri memberitahu penerbit filem tersebut agar memilih artis lain yang mempunyai tulang pipi untuk melakonkan wataknya dalam filem itu.


“Ya, saya yang tidak membenarkan Taylor Swift memainkan watak saya dalam filem tersebut kerana saya mahu seorang pelakon yang mempunyai tulang pipi di mukannya,”
 

Daripada maklumat terbaharu, sehingga kini belum pasti siapa yang bakal membawakan watak tersebut. Namun, sebelum ini Taylor Swift mengakui teruja untuk memainkan watak pemuzik itu dan merasakan ia sangat sesuai dengan dirinya.

Filem biografi Girl Like Us ini diangkat daripada novel tulisan Sheila Weller yang menulis tentang perjalanan kerjaya beberapa pemuzik legenda Amerika seperti Carole King, Joni Mitchell dan Carly Simon.

Kini hubungan cinta Taylor Swift dikatakan semakin pulih. Sejauh mana kebenaran tersebut ? “1989 kuntum bunga, Harry Styles Kembali Pikat Taylor Swift“.




0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!