30 November 2014


Malaysia akan mewujudkan laluan khas untuk menyediakan kemudahan bagi warganegara Asean di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) apabila Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi Asean bermula 1 Jan.

Digelar Laluan Imigresen Asean, Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia, Datuk Shahrul Ikram berkata lorong itu diperkenal sebagai sebahagian daripada inisiatif Komuniti Ekonomi Asean (AEC) untuk memudahkan pergerakan pelawat Blok 10 anggota itu ke Malaysia.

Beliau berkata laluan khas itu juga akan diwujudkan di lapangan terbang lain dan pintu masuk di seluruh negara bagi tujuan pelancongan dan urusan rasmi pada suku pertama tahun depan.

"Ini adalah satu daripada cara Malaysia untuk menjuarai dan memasuki era baharu komuniti Asean apabila Malaysia menggalas jawatan pengerusi.

"Kami (Malaysia) bersedia untuk menjalin kerjasama dalam Asean ke peringkat baharu," katanya di gerai Pameran Asean di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Pada masa ini, Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam telah melaksanakan inisiatif itu.

Shahrul berkata inisiatif itu diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mewujudkan 'Asean Berpaksi Rakyat' yang akan menyaksikan lebih banyak penglibatan langsung daripada semua sektor masyarakat dalam aktiviti Asean.

Bagaimanapun, katanya inisiatif membuka Laluan Imigresen Asean di setiap negara Asean memerlukan konsensus antara negara.

Selain itu, beliau berkata lorong khas bagi komuniti Asean juga akan mewujudkan semangat kekitaan atau perasaan menjadi sebahagian daripada keluarga Asean.

Untuk rekod, Malaysia menggalas jawatan Pengerusi Asean pada 1977 dan 2005.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!