20 November 2014


Chris Hemsworth dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia!

Pelakon dari Australia yang sinonim dengan watak Thor dalam francais filem Marvel ini mengenepikan penyanyi, Adam Levine yang memegang gelaran itu tahun lepas.

Senarai ini dikeluarkan oleh majalah People yang turut memuatnaik video di sebalik tabir penerbitan majalah edisi istimewa, di laman Youtube rasmi mereka.

“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya apabila mereka memberitahu saya adalah lelaki paling seksi dunia ialah... bagus.", kata pelakon berusia 31 tahun itu.

“Seperti juga saya, isteri saya merasakan ia agak kelakar dan kami ketawa tentangnya”, tambahnya lagi.

Dan sudah pasti susur masa media sosial rancak memperkatakan tentang berita ini.

Penulis blog dan portal hiburan sebelum ini menjangkakan bintang 'Guardians of the Galaxy', Chris Pratt atau Neil Patrick Harris yang akan memegang gelaran lelaki paling seksi.

Hemsworth merupakan suami kepada model dan pelakon, Elsa Pataky yang mana pasangan ini mempunyai tiga anak iaitu India, serta pasangan kembar Sasha dan Tristan.

Antara selebriti yang pernah memegang gelaran lelaki paling seksi di dunia termasuk George Clooney, Brad Pitt, Johnny Depp,  Ryan Reynolds, Bradley Cooper, Matt Damon, Ben Affleck, Channing Tatum dan Mel Gibson.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!