18 November 2014


SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis dan diseret sebuah treler yang membawa muatan tong gas, sejauh kira-kira tiga meter dalam kemalangan di Jalan Mambau - Port Dickson, semalam.

Media lapor, mangsa A. Chinnapan, 59, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh anggota badan selepas digilis treler yang merempuh motosikal dinaiki mangsa pada kira kira 10.50 pagi.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II,  Badrotamam Abd Rahim, beliau menerima panggilan kecemasan menyatakan bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak lagi bernyawa berada di bahagian bawah lori.


Dilaporkan, kaki kanan mangsa tersangkut di antara dua tayar lori berkenaan, manakala kaki kiri pula hancur dan jari tangan putus akibat diseret.

“Berdasarkan kesan di tempat kejadian, kita percaya mangsa diseret selepas digilis treler berkenaan," katanya.

Manakala, pembonceng yang juga merupakan isteri mangsa tercampak di belakang lori, dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk rawatan dan siasatan seterusnya. 

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala pemandu treler itu ditahan untuk siasatan lanjut.




0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!