17 November 2014


KUALA BESUT – Sekumpulan nelayan tempatan menemui mayat seorang lelaki dewasa berdekatan Pulau Perhentian kira-kira jam 3.25 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan telah mengesahkan penemuan dan menyifatkan mayat itu dalam keadaan hampir hancur dan ditemui terapung berhampiran Pulau Lang Tengah.

"Pemeriksaan awal mendapati mayat tersebut dipercayai warga asing berdasarkan tatu pada badannya. Mangsa dipercayai mati kira-kira seminggu lalu," ujar Kamsani.


Menurutnya lagi, mayat berkenaan disahkan bukan mayat daripada tiga nelayan yang sedang dicari terdiri daripada seorang nelayan tempatan dan dua nelayan Thailand yang masing-masing hilang pada 6 November dan 12 November lalu.

Pengecaman identiti mayat turut dilakukan nelayan Thailand yang selamat dalam kejadian bot karam pada malam Rabu di Besut. Mereka mengesahkan ia bukan dua rakan mereka yang masih hilang.

Mayat dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke Pangkalan Tok Bali, Kelantan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Besut bagi proses bedah siasat.


Kredit gambar: sharkattackmonitor
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!