17 November 2014


GRABOVE – Empat bulan selepas pesawat Malaysian Airlines MH17 terhempas di kawasan timur Ukraine, kerja-kerja mengeluarkan bangkai pesawat telah bermula semalam. 

Pasukan dari Lembaga Keselamatan Belanda dan beberapa ahli dari Kementerian Kecemasan Republik Rakyat Donetsk  dilihat memantau dan memotong bahagian bangkai di sekitar perkampungan Grabove.

Proses mengalihkan bangkai adalah sebahagian daripada penyiasatan untuk mencari punca nahas dan bangkai itu akan dikumpulkan berhampiran dengan lokasi kemalangan sebelum dibawa ke Belanda. Setakat ini, sebanyak 289 mayat mangsa telah dikenal pasti.  

Negara-negara Barat dan Ukraine mempercayai bahawa negara Rusia bertanggungjawab dalam memberi pemberontak pro-Moscow dengan senjata untuk menembak MH17.

Ketika persidangan G-20 yang berlaku di Australia, Presiden Rusia, Putin dilaporkan telah menerima tekanan yang hebat mengenai krisis di Ukraine. Beliau telah meninggalkan persidangan itu lebih awal atas sebab ‘kurang tidur’.

Kredit Foto: Reuters
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!