KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Emirates Sir Timothy Clark telah mengambarkan tragedi Malaysia Airlines MH17 sebagai rancangan pembunuhan beramai-ramai.
Beliau berkata ‘’ramai berpendapat bahawa tradegi ini adalah satu kemalangan tetapi saya tidak mempercayainya. Saya rasakan MH17 adalah pembunuhan beramai-ramai yang dirancang dan dalang yang bertanggungjawab harus dibicarakan di mahkamah antarabangsa’’.
Kredit Foto: Metro UK
Clark memang dikenali untuk memberi pendapat yang sensasi atas isu MH17 dan MH370.
Pada bulan Oktober yang lepas, beliau telah memberi pendapat bahawa pesawat MH370 tidak berada di Lautan Hindi dan berada dalam kawalan sehingga hilang secara bermisteri dari radar. - MLP
Kredit Foto: Metro UK