11 November 2014

MADHYA PRADESH -  Seorang wanita warga India yang berusia 21 tahun telah meninggal dunia selepas meminum sebotol asid  kerana suaminya enggan menonton filem terbaru Shah Rukh Khan yang berjudul Happy New Year. 

Menurut pihak polis, suami wanita itu tidak memberinya izin pergi ke panggung wayang kerana terlalu ramai orang akan menonton filem tersebut pada hari Ahad. Sebelum menelan asid itu, dia juga sempat merakamkan video yang menuduh suami sebagai orang yang bertanggungjawab untuk dia lakukan demikian.


Malangnya, dia telah meninggal dunia kerana kerosakkan organ dalaman yang teruk. Suami wanita ini kemudian telah menghilangkan diri. 

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi untuk kejadian ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!