27 November 2014


Bintang Arsenal, Alexis Sanchez seboleh-bolehnya mahu melupakan apa dialaminya kebelakangan ini.

Selepas gagal membantu pasukannya menewaskan Manchester United dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu, penyerang berkenaan kini dituduh menghantar mesej kepada bekas Miss Chile tanpa pengetahuan teman wanitanya.

Menjelang perlawanan penting Gunners menentang Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara, Camila Andrade mendakwa pemain berusia 25 tahun itu menghantar gambar percutiannya dan menjemput wanita itu makan malam bersamanya.

Camile mendedahkan, dia menolak ajakan pemain bernilai £30 juta (RM157.9 juta) untuk makan malam bersamanya ketika skuad Chile membuat persiapan ke Piala Dunia, sebelum gambarnya bersama teman wanita Laia Grassi dirakam dalam percutian romantik di Mexico.

Bagaimanapun setakat ini, Camile belum membuktikan dakwaannya itu dan Sanchez pula tidak memberi sebarang maklum balas.


Camile, 23, dalam kisah yang mendapat laporan meluas di Chile, memberitahu wartawan di rumahnya bagaimana Sanchez menjemputnya keluar awal tahun ini.

"Alexis menjemput saya untuk makan malam sewaktu berada di Chile untuk persediaan Piala Dunia," kata Camile.

"Saya tidak mempunyai teman lelaki ketika itu dan ini kali pertama dia bertanya sama ada kami boleh berjumpa.

"Saya menolaknya kerana dia bukan lelaki yang saya minati dan sedar beberapa kali dia menghantar mesej ketika bersama teman wanitanya dan membuatkan saya langsung tidak berminat.

"Ketika bercuti bersama Laia di Disneyland Paris Februari lalu, dia menghantar gambarnya bersendirian.

"Saya tahu dia bersama teman wanitanya kerana saya melihat gambar mereka di akhbar dan tidak boleh berhenti ketawa.

"Saya membalas mesejnya dan berkata: "Eloklah, anda bersama teman wanita anda. Saya ingin berada di sana bersama teman lelaki saya."

"Namun dia membalas: "Tidak, saya bersama anak saudara, atau sepupu atau saudara yang lebih muda".

"Dia tidak memberitahu bahawa dia bersama teman wanita dan pada hari berikutnya terpampang gambar besar kedua-dua mereka. Ia amat pelik.

"Semua anak gadis yang menyanjungi perlu menganggap bahawa pemain bola sepak adalah serupa dan tidak boleh dipercayai."

Ini bukan kali pertama Sanchez mencuri tumpuan di luar padang.

Pereka dan pengarah seni dari Sepanyol, Laia terus setia bersama penyerang Liga Perdana Inggeris yang menjaringkan enam gol dalam empat perlawanan terakhir, ketika teman wanita lamanya mengakui hamil anak bintang bola sepak itu.

Sehari selepas Mary Plaza, 28, dari Barcelona menghebohkan berita kehamilannya pada April, Laia menyiarkan gambar dirinya dan Alexis di laman Instagram dengan mesej: 'Amor Verdadero' (Cinta Sejati).

Seorang lagi bekas teman wanitanya, model Brazil, Michelle Carvalho yang menyiarkan gambar dirinya menyarung jersi Arsenal dalam laman Instagram ketika Sanchez menyertai Gunnres Julai lalu, mendakwa hanya memperbodohkan dirinya apabila mengakui dia cinta sejati pemain itu.

"Saya tidak fikir ia sesuatu yang serius. Saya fikir dia hanya mahu berseronok."

Camile yang gagal ke pusingan akhir Miss World selepas dipilih sebagai wanita tercantik di negaranya, Julai tahun lalu berkata bintang bola sepak itu menghantar mesej menerusi WhatsApp secara tiba-tiba selepas dia memenangi Miss Chile.

"Saya bersama bekas teman lelaki ketika dia menghantar mesej pertamanya," katanya.

"Saya tidak pernah bertemu dengannya sepanjang hidup saya jadi bila dia memperkenalkan dirinya sebagai Alexis Sanchez, saya membalasnya dengan memberitahu: "Tidak, anda menipu, jadi Ciao."

"Saya tidak tahu bagaimana dia mendapat nombor telefon saya tetapi dia buat seperti apa yang ramai pemain bola sepak lakukan iaitu bercakap dengan wanita menerusi WhatsApp."

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!