17 November 2014


FILIPINA – Sekumpulan nelayan yang menjadikan lautan sebagai mata pencarian berjaya menangkap jerung harimau (Galeocerdo cuvier) seberat 650 paun bulan lepas.

Namun itu bukan satu perkara yang mengejutkan kerana mereka menjumpai kepala dan kaki manusia di dalam mulut haiwan berkenan. Kedua-dua sepihan mayat tersebut berada dalam keadaan separa reput.

Terkejut dengan penemuan itu, para nelayan berkenaan mencampakkan semua kedua-dua bahagian manusia terbabit ke dalam laut serta sebahagaian besar jerung. Mereka hanya menyimpan kepala dan sirip pemangsa lautan itu.


“Ia sangat mengelikan malah kami tidak dapat menahan bau busuk itu. Kami percaya perkara buruk akan menimpa sekiranya serpihan mayat itu tidak dibuang semula ke laut,” ujar seorang nelayan kepada Minda News.

Menurut pemerhatian pakar, rahang jerung berkenaan seluas 17 inci yang menandakan bahawa berat mamalia tersebut boleh mencecah 1300 paun.

Sesetengah penduduk tempatan kurang senang apabila melihat rahang jerung itu kerana percaya bahawa roh mangsa yang dibahamnya akan menghantui sesiapa yang berdekatan.

Kredit gambar: ytimg
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!